HitamPutihBlogspot ,: khas untuk wanita^^

khas untuk wanita^^

[Buat wanita yang haidh di 10 malam terakhir Ramadhan]

Duhai hati...apa khabar dirimu?

Juwaibir berkata : Aku bertanya kepada ad-Dhohak r.h.m : Adakah engkau berpendapat mereka yang haidh, musafir, dan tidur akan tetap memperolehi ganjaran Lailatul Qadar?

Jawab ad-Dhahak : Ya!
...
Setiap orang yang Allah menerima amalannya, maka Allah akan memberi ganjarannya daripada malam Lailatul Qadar .
إخو
اني المعول على القبول لا على الاجتهاد و الاعتبار ببر القلوب لا بعمل الأبدان رب قائم حظه من قيامه السهر كم من قائم محروم و كم من نائم مرحوم نام و قلبه ذاكر و هذا قام و قلبه فاجر

Saudaraku, syarat untuk diterimanya amalan bukanlah sekadar pada usaha yang ada, sebaliknya ia bergantung kepada kebaikan hati, bukan jua sekadar pada amalan badan.

Boleh jadi orang yang bangun malam hanya memperolehi keletihan daripada bangunnya itu. Berapa ramai yang bangun malam haram (daripadanya kelebihan Lailatul Qadar) dan berapa ramai yang tidur dirahmati (dengan Lailatul Qadar) kerana tidurnya dalam keadaan hatinya mengingati Allah. Sedangkan yang bangun tadi hatinya busuk.

[Lathoif al-Maarif m/s : 166]

- Ustazah Fatimah Syarha

lmbt nak update..dah dekat raya baru nak kongsi...hehe..nway..masi tak terlambat lgi ka..^^..sama2 tambah ilmu..=)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Catat Ulasan

tinggalkan komen + jejak anda kat cni..


syukran sudi komen=)