HitamPutihBlogspot ,: sapa nak KURUS!!!.. jom baca cni..

sapa nak KURUS!!!.. jom baca cni..

assalamualaikum..hye...kali ne kita kongsi 10 cara untuk kurus TANPA ubat-ubatan erkk so senang la kan..kepada sesapa jak yg nak kurus boleh la sava bajat..x pyh nak beli ubat itu..ubat ini...hehe..jom baca cni..

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka

yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. KEKERAPAN

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. SAMPINGAN

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda..

copy paste dari :http://www.kisahwanita.com/10-cara-untuk-kurus-tanpa-ubat-ubatan

PESANAN : SELAMAT MENCUBA!!.. =)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

5 ulasan:

  1. Salam singgah dari Kelab Blogger FB! =D

    tips yang bagus! keep on posting! =)

    cheers!

    www.klangselangor.blogspot.com

    BalasPadam
  2. tips utama utk diet..
    tu diaa..
    jangan elak kan bekfes.. bekfes laa plg penting sekali :)

    BalasPadam
  3. wahhh berguna ni..tp kita xsuka bekpes mcm ner ekk

    visit n follow me
    http://myaleo.blogspot.com/2012/07/hai-bloggerland.html

    BalasPadam
  4. nice info larr ..thanks sharing :)

    BalasPadam

tinggalkan komen + jejak anda kat cni..


syukran sudi komen=)