HitamPutihBlogspot ,: demam NORA ELENA & KASIH YANG SUCI

demam NORA ELENA & KASIH YANG SUCI


KASIH YANG SUCI.. kalau tengok dalam senarai top ten ni, buku ni antara yang teratas.. mesti ada something special kan? masa nak start baca buku ni saya dah terrrrrrrrrbaca sinopsis kat belakang buku.. laju pulak mata ku ni meniti baris2 di belakang buku hingga habis.. aduih.. silap banyak! terlalu banyak di reveal kan dalam sinopsis..

buku ni pasti akan memuaskan hati ramai pembaca2 setia buku2 cinta especially those yang looking forward to kisah2 cinta selepas kawin. si suami berusaha mendapatkan cinta isteri yang mengahwininya tanpa rela. seperti tengku syahran memburu cinta zahlia (bicara hati), seperti taufik menggoda salina (kau yang satu), seperti zafri merayu alia (pelayaran cinta), seperti syafiq sabar dgn kerenah Afiqah (pergilah sepi) dan banyak lagi la kisah2 yg seperti ini.

Watak wanita 'sopan tapi seksi' seperti 'Elena' pastinya menarik minat pembaca2 remaja tambah2 lagi bila dipasangkan dgn Seth yg berketurunan baba-nyonya yg hensem. Watak Elena ni mengingatkan saya kepada perwatakan Atikah (Atikah by Hasreeyati Ramli). Kelainan yg terselit Seth ni sudah lama sukakan Elena dan kerana dorongan nafsu, elena menjadi mangsa nafsu serakahnya ketika gadis itu berusia 15 tahun. Elena menghilang dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula. Elena tak mengenali penyerangnya dan tidak sekali kali menyangka Seth yg dianggap penyelamat maruahnya (apabila tunangnya memutuskan ikatan di saat2 akhir krn mengetahui Elena sudah tidak suci) rupa-rupanya lelaki yang telah meragut kesuciannya. Seth sanggup memeluk Islam dan mengamalkan anutannya sepenuh hati. Saat cinta mereka bersemi dan membuahkan hasil, rahsia terbongkar. ishhhh apa la seth tu.. barang bukti pi simpan buat apa. dah dapat Elena tu pi la bakaq ka, tanam ka barang2 bukti tu, dia pi simpan pulak.. aduih.. Kesabaran Seth sbg saudara baru dlm Islam teruji dgn kerenah Elena yang selalu cari pasal. Seth enggan melepaskan Elena yg mengugut akan meninggalkan Seth dan anaknya yg bakal lahir nanti kerana lelaki itulah yg telah menghancurkan hidupnya. Seth menggunakan tempoh Elena mengandung dan menyusu utk memikat semula isterinya itu…

Citer ne pun telah diadaptasi dlm drama tv3…best gilerrrrrrr...meh la kita ramai2 tgk citer ne….hehehe,…


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Catat Ulasan

tinggalkan komen + jejak anda kat cni..


syukran sudi komen=)